RATES & BOOKINGS
RATES OF FACILITIES


PERHATIAN:-

1.
Semua permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Tempahan Penyewaan Fasliti, IIC/AM/BORG1 dengan lengkap tidak lewat 14 hari dari tarikh penggunaan untuk mendapat kelulusan dari Pihak Pengurusan Tempahan, IIC.

2.
Pemohonan secara lisan (booking) dan kegagalan melengkapkan Borang Permohonan Tempahan Penyewaan Fasiliti, tidak akan dilayan oleh pihak pengurusan tempahan, IIC.

3.
Penganjur dinasihatkan agar TIDAK melakukan publisiti untuk program dan aktiviti yang akan dianjurkan sebelum mendapat kelulusan penggunaan fasiliti daripada pihak IIC. Sekiranya pihak penganjur berbuat demikian, Pihak Pengurusan Tempahan IIC tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang masalah jika permohonan anda TIDAK BERJAYA.

4.
Program berbentuk pemasaran produk dan berunsurkan politik TIDAK DIBENARKAN oleh pihak Pengurusan IIC. Pihak Pengurusan IIC berhak untuk menghentikan atau membatalkan penganjuran program tersebut.

5.
Pembayaran boleh dibuat secara Tunai, Cek ataupun Pesanan Belian Tempatan/Pesanan Perkhidmatan (LPO/SO) ke akaun PUSAT PENERANGAN ISLAM seperti berikut:



6.
Untuk sekretariat penganjur, adalah dicadangkan untuk menyediakan sendiri kemudahan/peralatan seperti komputer mudah alih, mesin pencetak (printer), projektor serta perkhidmatan fotostat kerana pihak pengurusan IIC tidak akan menyediakan kemudahan tersebut.

7.
Untuk tempahan makanan, pihak penganjur dimestikan menggunakan katerer IIC.

8.
Setiap pembatalan hendaklah dibuat selewat-lewatnya Tujuh (7) hari pada waktu bekerja dari tarikh program diadakan. Caj akan dikenakan jika pihak penganjur atau organisasi gagal berbuat demikian.

9.
Bagi penganjur atau organisasi yang hendak membuat raptai atau ‘Rehearsal’ caj seperti biasa akan dikenakan jika menggunakan ‘Air Cond’. Pihak kami tidak mengenakan sebarang caj jika penganjur atau organisasi hanya menggunakan ‘Minimum Lighting’ & tidak menggunakan ‘Air Cond’.

10.
Setiap pihak penganjur yang menggunakan fasiliti di IIC hendaklah bertanggungjawab terhadap kebersihan kawasan IIC.