Kepada Umat Islam Seluruh Sarawak Atas Sumbangan Kepada Mangsa Gempa Bumi Maghribi, Banjir Besar Libya dan Rakyat Palestin Melalui Kutipan Sadak Jumaat Berjumlah RM 640,000.00

KUCHING: Sebanyak RM640,000 kutipan sumbangan umat Islam Sarawak kepada rakyat Palestin, mangsa gempa bumi di Maghribi dan banjir besar di Libya.

YB Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Sarawak telah menyerahkan sumbangan tersebut kepada YBhg. Dato’ Haji Zamani Ahmad bin Mansor, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mewakili Ketua Pengarah JAKIM melalui Tabung Musa’dah Kecemasan Misi Kemanusiaan dalam Program Penghargaan Agensi-Agensi Islam Sarawak Tahun 2023.

Pecahan bagi jumlah kutipan ialah RM520,000 untuk rakyat Palestin, RM60,000 untuk mangsa gempa bumi di Maghribi, dan RM60,000 untuk banjir besar di Libya.

Sumbangan ini membuktikan umat Islam di Sarawak bersedia memberikan yang terbaik dalam membantu saudara seagama yang memerlukan bantuan, tanpa mengira jarak geografi atau perbezaan budaya.

Semoga sumbangan besar daripada orang Islam di bumi kenyalang ini dapat memberi manfaat yang bermakna buat para penerima keseluruhnya.
Previous Terjemahan Al-Quran ke dalam beberapa bahasa etnik utama Sarawak