Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa auditorium kami akan ditutup sementara bermula Februari hingga Mei 2026.
Sehubungan dengan itu, pihak auditorium tidak akan menerima sebarang tempahan atau menjalankan sebarang aktiviti sepanjang tempoh penutupan tersebut. Sebarang makluman lanjut berkaitan tarikh pembukaan semula akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Pihak kami dengan ini memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan amat menghargai kefahaman serta kerjasama daripada semua pihak.
Sekian, terima kasih
