Musolla

Musolla IIC-MIS merupakan musolla yang diiktiraf untuk solat Jumaat dengan kapasiti ruangnya yang boleh memuatkan sehingga 500 jemaah.

Khutbah Jumaat di Musolla IIC-MIS adalah dalam Bahasa Inggeris memandangkan jemaah utama waktu solat Jumaat adalah pelajar dan juga tenaga pengajar dari Universiti Swinburne, Kuching.

Selain itu, Musolla IIC-MIS juga adalah terbuka bagi solat-solat fardhu (Zohor hingga Isyak) berkuatkuasa 1 Disember 2023.

Musolla IIC-MIS juga menganjurkan Terawih di sepanjang bulan Ramadhan dan Qiamullail pada 10 malam terakhir.

Islamic Information Centre © 2023. All Rights Reserved