About Islamic Information Centre

Islamic Information Centre (IIC), officially opened on 17th August 2008 aspires to play a very important role in promoting a better understanding of Islamic ideals, principles and values that transcend all cultures. In order to carry out these aspirations, we organise talks and lectures on current issues and concerns that impact the community.

FACILITY BOOKING

Garis Panduan Tempahan Prasarana & Kemudahan dan Lawatan Islamic Information Centre (IIC)

Bahagian A : Terma & Syarat Penyewaan Fasiliti

 

1.       Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) dengan mengisi borang permohonan tempahan penyewaan fasliti, (IIC/AM/BORG1) tidak lewat empat belas (14) hari dari tarikh penggunaan untuk mendapat kelulusan dari pihak SIIC. Pemohonan tempahan secara lisan, (booking) dan kegagalan mengisi borang permohonan tempahan penyewaan fasiliti tidak akan dilayan oleh pihak SIIC.

 

2.       Permohonan untuk pertukaran atau perubahan tarikh hendaklah dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh program diadakan, tertakluk kepada kekosongan fasiliti yang hendak digunakan.

 

3.       Permohonan untuk pembatalan tempahan hendaklah dibuat secara bertulis selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum tarikh penggunaan. wang bayaran tidak akan dikembalikan, (non-refundable), sekiranya pembatalan dilakukan dalam tempoh kurang daripada tiga (3) hari dari tarikh program.

 

4.       Penganjur adalah tidak dibenarkan untuk membuat publisiti program/ aktiviti mereka sebelum mendapat kelulusan daripada pihak SIIC. Sekiranya pihak penganjur berbuat demikian, pihak SIIC tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang masalah atau kerugian jika permohonan anda tidak berjaya.

 

5.       Program berbentuk pemasaran/ mempomosikan produk (MLM) atau program keagamaan atau program berunsurkan politik ataupun program berbentuk persembahan/ pertandingan tarian/ musik yang menggunakan pakaian tidak sesuai/ menjolok mata adalah tidak dibenarkan. pihak SIIC berhak untuk menghentikan atau membatalkan penganjuran program tersebut.

 

6.       Pihak penganjur atau organisasi adalah dinasihatkan untuk menyediakan kemudahan/ peralatan yang tiada dalam senarai pakej fasiliti seperti laptop/ printer/ LCD projector/ photostat service kerana pihak SIIC tidak akan menyediakan kemudahan/ peralatan tersebut. 

 

7.       Penganjur atau organisasi yang hendak membuat raptai (rehearsal), caj seperti biasa akan dikenakan jika menggunakan (aircond). Caj tidak akan dikenakan jika penganjur atau organisasi hanya menggunakan (minimum lighting) & tidak menggunakan (aircond).

 

8.       Penganjur perlu mendapat kebenaran daripada pihak SIIC untuk pemasangan peralatan dari luar dan keselamatan adalah tanggungjawab pihak penganjur sendiri.

 

9.       Penganjur yang hendak membuat tempahan makanan dan minuman atau tempahan bridal bagi majlis akad nikah hendaklah menggunakan khidmat syarikat pembekal yang telah dilantik oleh pihak SIIC.

 

10.     Pemasangan backrop/ banner hendaklah merujuk kepada pihak SIIC. Penganjur adalah Dilarang untuk menebuk, memaku atau apa-apa perkara yang boleh menjejaskan keadaan asal dinding bangunan.

 

11.     Pihak penganjur diminta bersama-sama bertanggungjawab dalam memastikan kebersihan kawasan SIIC dan fasiliti yang digunakan agar sentiasa dalam keadaan bersih dan teratur. Pihak SIIC boleh mengenakan caj tambahan jika fasiliti yang digunakan dalam keadaan kotor selepas digunakan dan ganti rugi jika terdapat kerosakan pada peralatan yang digunakan.

 

12.     Sarawak Islamic Information Centre berhak untuk meminda atau membatalkan kelulusan tempahan atas kepentingan dan keperluan SIIC dengan memberikan notis. Walau bagaimanapun, SIIC tidak akan menanggung sebarang kerugian akibat pindaan atau pembatalan tersebut.

Bahagian B : Tatacara Pembayaran

 

1.       Pihak Jabatan dan Agensi Kerajaan

                i.         Jabatan atau agensi Kerajaan hendaklah mengemukakan Pesanan Belian Tempatan/Pesanan Perkhidmatan (LPO/SO) kepada pihak Sarawak Islamic Information Centre (SIIC) selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum tarikh program atau pada hari program.

 

2.       Pihak Agensi Bukan Kerajaan

                i.         Pihak SIIC akan mengemukakan invois berdasarkan kepada kelulusan tempahan dan pembayaran penuh hendaklah dibuat selewat-lewatnya tujuh (7) hari sebelum tarikh penggunaan untuk mengelakkan pembatalan.

 

3.       Pembayaran

                i.         Semua pembayaran hendaklah dibuat secara terus ke akaun Pusat Penerangan Islam sama ada melalui Deposit Tunai, Cek Deposit, Online Banking dll.

 

               ii.         Pembayaran menggunakan ePerolehan bagi akaun Pusat Penerangan Islam adalah kepada (Supplier: Tabung Baitulmah Sarawak, eP No.: eP-1301Q0001).

 

 

 

 

 

 

 

Supplier

:

Tabung Baitulmah Sarawak

 

 

 

 

 

 

 

eP No.

:

eP-1301Q0001

 

 

 

 

 

 

 

Contact Person

:

Puan Rumaizah bt Ibrahim

 

 

 

 

 

 

 

Contact No.

:

(Office) +6082-684801/ 803 (H/P) +6014-6866231

 

 

 

 

 

 

 

              iii.         Pihak SIIC tidak menerima bayaran secara tunai. Pihak penganjur dimohon supaya membuat bayaran terus ke RHB ISLAMIC BANK seperti butiran maklumat akaun bank bahagian C.

 

Bahagian C : Maklumat Akaun Bank

 

Pembayaran boleh dibuat secara Deposit Tunai, Cek Deposit, Online Banking ataupun Pesanan Belian Tempatan/ Pesanan Perkhidmatan (LPO/SO) ke akaun PUSAT PENERANGAN ISLAM seperti berikut:-

 

 

 

 

 

 

Nama Akaun Bank

PUSAT PENERANGAN ISLAM

 

 

 

 

 

 

Nombor Akaun Bank:

211-254-6000-1731

 

 

 

 

 

 

Nama Bank :

RHB ISLAMIC BANK

 

 

 

 

 

 

Bahagian D : Pertanyaan

 

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pihak Sarawak Islamic Information Centre (SIIC) seperti berikut:-

 

 

 

 

 

SARAWAK ISLAMIC INFORMATION CENTRE

Block 10, KCLD, Ong Tiang Swee Road

93200 Kuching, Sarawak, Malaysia.

 

Tel: (GL)+6082-420798/ 799 / (DL)+6082-413807 Faks: +6082-414809

 

Email: venueiic@gmail.com

Website: http://www.sarawakiic.org.my

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

Pegawai Fasiliti

:

Encik Norhizam b. Muhamad Sarip

Tempahan

 

 

 

 

 

 

 

 

Pegawai Teknikal

:

Encik Jolani b Sa-id

Teknikal

 

 

 

 

 

 

 

 

Facilities are not available for reservation until the END OF DECEMBER 2021

Islamic Information Centre © 2023. All Rights Reserved